Assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada pembaca.Kita mungkin sudah biasa dengan tajuk-tajuk seperti ini. Tapi
biarlah ia diulang-ulang supaya sentiasa menjadi pemangkin semangat kepada diri
kita yang sentiasa lalai dan alpa dengan godaan duniawi. Semoga ia banyak
memberi manfaat kepada kita untuk mencari cinta Ilahi yang hakiki.
Siapakah lelaki soleh? Adakah
seorang lelaki yang bernama soleh? Oh tentu sekali bukan. Lelaki soleh yang
dimaksudkan di sini ialah seorang lelaki yang beriman, seorang mukmin, bersih
daripada segala zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal,
bukan daripada sumber yang haram. Dia juga seorang yang sentiasa berusaha
menjauhkan diri daripada segala perkara mungkar dan menariknya ke arah jurang
neraka yang dalam. Lelaki soleh juga seorang lelaki yang sentiasa taat kepada
Allah dan RasulNya walau di mana sahaja dan bila-bila masa.
Marilah kita sama-sama meneliti
ciri-ciri lelaki soleh seperti yang dimaksudkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis
:-
Sentiasa taat kepada Allah dan
RasulNya.
Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.
Mati syahid adalah cita2 tertinggi.
Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah.
Ikhlas dalam beramal.
Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.
Selalu memohon ampun atas segala dosa2nya.
Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
Solat malam menjadi kebiasaannya.
Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.
Selalu berinfak sama ada ketika lapang ataupun sempit.
Menerapkan nilai kasih syang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.
Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya,iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.
Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia,sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah.
Memberikan kasih sayang kepada keluarga.

” Ketahuilah ! Sesungguhnya wali-wali Allah(para kekasih Allah
itu), tidak ada kebimbangan(dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan
mereka pula tidak akan berdukacita. ”
(yunus:62)
(yunus:62)
” Wahai orang yang mempunyai nafsu mutmainnah (jiwa yang
sentiasa tenang). Kembalilah kepada TuhanMu dengan keadaan engkau redha
kepadaNya, dan Dia redha kepadamu. Maka masuklah engkau ke dalam kumpulan
hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu! ”
(Al-Fajr:27-30)
(Al-Fajr:27-30)